Wednesday, 28 January 2015

Panduan isi UPU

salam ...
ok shim ade kasi panduan nak isi borang online upu....ni rujukan tahun 2013..but korang boleh jadikan panduan ok....
Borangnye korang boleh dapatkan kat sini...
http://upu.moe.gov.my/
 one more borang upu ni semuanye online x de yang pakai tulis harap maklum

MANUAL PENGGUNA


 SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE

INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF

SESI AKADEMIK 2014/2015

1 Laman Pilihan Kategori Permohonan


1.1 Pada ruangan Jenis Permohonan, pemohon perlu memilih ‘Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier’. Pemohon boleh klik pada ikon  di sebelah kanan bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai Jenis Permohonan.

1.2 Seterusnya pada ruangan Program Pengajian, pemohon perlu menentukan dan memilih
Program Pengajian’ samada ‘Lepasan STPM/Setaraf’ atau ‘Lepasan SPM/Setaraf’. Pemohon



boleh klik pada ikon  di sebelah kanan bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai Program Pengajian yang ditawarkan

1.3 Sila klik butang ‘Masuk’ untuk ke laman berikutnya.

PERINGATAN :

Sila pastikan komputer yang anda gunakan mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader bagi mencetak Slip Permohonan. Jika tiada perisian ini, sila layari laman web  http://get.adobe.com/reader untuk tujuan instalasi sebelum mengemukakan permohonan.

Pemohon dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Pemohon dikehendaki menyelesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan calon lain.


2 | M u k a s u r a t
2 LAMAN PANDUAN PERMOHONAN



2.1     Pemohon diwajibkan untuk membaca Panduan Permohonan bagi mengetahui tatacara permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian iaitu Sebelum, Semasa dan Selepas Mengemukakan Permohonan.

2.2   Pemohon boleh kembali semula ke Laman Utama dengan mengklik butang ‘Keluar’.

2.3   Untuk meneruskan permohonan, sila klik butang ‘Permohonan’.



3 | M u k a s u r a t

3 BORANG DAFTAR PERMOHONAN



3.1   Pemohon wajib mengisi ‘No. Kad Pengenalan/MyKad’ sebenar. Pastikan No. Kad Pengenalan yang dimasukkan adalah tepat mengikut nombor yang tertera pada kad pengenalan anda. Sebarang kesilapan boleh menjejaskan permohonan. Contoh: 123456789101.

3.2    Bagi Lepasan SPM/Setaraf, pemohon wajib mengisi ‘No. Kad Pengenalan/MyKad’ semasa pendaftaran peperiksaan. Maklumat ini penting sekiranya No. Kad Pengenalan/Mykad yang digunakan semasa pendaftaran peperiksaan berbeza dari No Kad Pengenalan sebenar.

3.3   Pemohon wajib mengisi ‘No. Unik ID’. Nombor ini boleh dibeli dari Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai nombor pin keselamatan untuk mengisi borang permohonan.

3.4   Pemohon wajib mengisi ‘Kata Laluan’. Sila masukkan samada gabungan (nombor dan huruf) atau (angka dan huruf) di antara 6-8 aksara. Contoh: abc123/123abc/a123b.

3.5     Pemohon wajib mengisi ‘Pengesahan Kata Laluan’ sama seperti kata laluan yang telah dimasukkan di atas.

3.6   Pemohon wajib mengisi ‘Nama Ibu’. Masukkan nama yang ringkas dan mudah diingati.

3.7     Pemohon diwajibkan memilih kategori yang betul. Untuk makluman, sila rujuk ‘[Info Kategori]’.




3.8   Pemohon wajib mengisi ’Kod Imej’. Pastikan kod yang dimasukkan sama seperti yang tertera.

Sekiranya kod yang dipaparkan kurang atau tidak jelas, sila klik butang Refresh pada browser anda.

3.9   Untuk meneruskan permohonan, sila klik butang ‘Seterusnya’.


4 BORANG MAKLUMAT PERIBADI




4.1     ‘No Kad Pengenalan/MyKad’ adalah maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran sistem.

4.2    ‘No Kad Pengenalan/MyKad (semasa pendaftaran peperiksaan)’ adalah maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran peperiksaan. Maklumat ini penting sekiranya No. Kad Pengenalan/Mykad yang digunakan semasa pendaftaran peperiksaan berbeza dari No Kad Pengenalan sebenar.

4.3   Pemohon wajib mengisi ‘No Kad Pengenalan/ MyKad Bapa/ Penjaga dan Ibu’ tanpa simbol.
Contoh: 123456789101.

4.3   Pemohon wajib mengisi ruangan ‘Nama’ sama seperti yang tertera pada No Kad Pengenalan/ MyKad. Pastikan nama yang dimasukkan tepat.

4.4    Pemohon wajib mengisi ‘Tarikh Lahir’.

5 | M u k a s u r a t


4.5    Pemohon wajib mengisi ’Tempat Lahir’. Pilih maklumat negeri kelahiran dari senarai yang disediakan.

4.6    Pemohon wajib mengisi ’Alamat Surat Menyurat’. Sila pastikan alamat anda adalah betul. Sebarang kesilapan boleh menyebabkan anda gagal dihubungi.

4.7   Pemohon wajib mengisi ‘Bandar’.

4.8   Pemohon wajib mengisi ‘Poskod’. Sila pastikan hanya nombor sahaja yang dimasukkan.

4.9   Pemohon perlu mengisi ‘Kawasan Parlimen’. Maklumat ini adalah berdasarkan NEGERI pada medan Alamat Surat-Menyurat. Sebagai contoh, jika pemohon memilih Negeri=SELANGOR, Kawasan Parlimen akan memaparkan Kawasan Parlimen Selangor sahaja.

4.10    Pemohon perlu mengisi ‘Telefon Rumah’ ATAU ‘Telefon Bimbit’. Pemohon wajib mengisi salah satu atau kedua-dua nombor telefon. Sebarang kesilapan semasa mengisi maklumat ini akan menyebabkan pemohon gagal dihubungi.

4.11   Pemohon wajib mengisi ‘Emel’. Pastikan alamat emel yang dimasukkan mengikut format.

4.12     Pemohon wajib mengisi ‘Taraf Perkahwinan’. Pilih maklumat perkahwinan dari senarai yang disediakan.

4.13   Pemohon wajib mengisi ‘Kecacatan’.

a.  Adakah anda cacat? Wajib pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

b.  Jika ’Ya’, Sila pilih dari senarai yang disediakan.

c.  Jika ‘Cacat Lain’, sila isikan ruangan yang disediakan.

d.  No. Pendaftaran OKU (jika ada).

e.  Keterangan Kecacatan. Sila klik ’Contoh Keterangan Kecacatan’ untuk panduan.

4.14   Sila klik butang ‘Simpan’ untuk ke laman seterusnya.



6 | M u k a s u r a t



5 BORANG MAKLUMAT PEKERJAAN DAN PENDAPATAN KELUARGA





5.1   Pemohon wajib mengisi ‘Status Pekerjaan dan Sektor’.

a.      Bapa/Penjaga. Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.

b.  Ibu. Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.

c.  Pemohon. Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.

5.2    Pemohon perlu mengisi ‘Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

5.3   Pemohon wajib mengisi ‘Pendapatan Keluarga’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

5.4   Pemohon wajib mengisi ‘Tanggungan Keluarga’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

5.5   Pemohon wajib mengisi ‘Tempat Tinggal’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

5.6   Sila klik butang ‘Simpan’ untuk ke laman seterusnya.

Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh klik pada pautan Peribadi > seperti yang tertera



7 | M u k a s u r a t




6 BORANG MAKLUMAT AKADEMIK (SPM)




6.1   Pemohon wajib mengisi ‘Kelayakan Pemohon’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

6.2   Pemohon wajib mengisi ‘Jenis Sekolah. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

6.3   Pemohon perlu mengisi ‘Kod Sekolah’. Sila masukkan kod sekolah jika ada.

6.4   Bagi Lepasan SPM, pemohon wajib mengisi ‘Angka Gilir SPM’. Bagi Lepasan SKM, pemohon hanya perlu mengisi ‘Angka Gilir SPM’ jika ada.

6.5    Bagi Lepasan SPM Kategori D, pemohon wajib mengisi ‘Peperiksaan SPM (Sijil Penuh)’ . Pemohon wajib mengisi ‘Tahun ‘ dan Angka Giliran’.

6.6    Bagi Lepasan SPM Kategori D, pemohon wajib mengisi ‘Peperiksaan SPM (Sijil Ulangan)’ . Pemohon wajib mengisi ‘Tahun ‘ dan Angka Giliran’.

6.7   Bagi Pemohon Kategori C & D hanya perlu mengisi maklumat keputusan Periksaan SPM.

6.8   Bagi Pemohon Kategori B & C hanya perlu mengisi ‘English GCE O Level’ jika ada. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

6.9    Pemohon Pemohon Kategori B & C hanya perlu mengisi ‘BM Julai’ jika ada. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

6.10    Pemohon Pemohon Kategori B & C hanya perlu mengisi ‘Matematik Julai’ jika ada. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

6.11   Sila klik butang ‘Simpan’ untuk ke laman seterusnya.

Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada pautan Peribadi > Pekerjaan & Pendapatan Keluarga > seperti yang tertera.


8 | M u k a s u r a t

7 BORANG MAKLUMAT KOKURIKULUM



7.1.   Pemohon wajib mengisi ‘Sukan / Permainan’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

i.  Jenis.

ii.   Jawatan.

iii.   Tahap Penglibatan.

iv.  Jenis Kejohanan.

Nota: Sekiranya anda tidak terlibat dengan kegiatan kokurikulum, anda perlu nyatakan ‘TIDAK TERLIBAT’.

7.2.   Pemohon wajib mengisi ‘Badan Beruniform’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

i.  Jenis.

ii.   Jawatan.

iii.   Penganugerahan Sijil.

7.3.   Pemohon wajib mengisi ‘Kelab / Persatuan’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

i.  Jenis.

ii.   Jawatan.

iii.   Tahap Penglibatan.

Nota: Sekiranya anda tidak terlibat dengan kegiatan kokurikulum, anda perlu nyatakan ‘TIDAK TERLIBAT’.

7.4.   Bagi Kategori C, pemohon wajib mengisi maklumat sama seperti di atas KECUALI maklumat

‘CGPA Kokurikulum’.

7.5.   Sila klik butang ‘Simpan’ untuk ke laman seterusnya.

Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh memilih pada pautan Peribadi > Pekerjaan & Pendapatan Keluarga > Akademik > seperti yang tertera.

9 | M u k a s u r a t


8 BORANG PILIHAN PROGRAM



8.1.    Pemohon wajib mengisi ‘Pilihan Bidang Mengikut Keutamaan’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

i.  Bidang 1 – wajib diisi.

ii.   Bidang 2 – wajib diisi.

iii.   Bidang 3 – wajib diisi.

8.2.       Pemohon  wajib  mengisi  ‘Pilihan  Program  Pengajian  Mengikut  Keutamaan  Selain
IPTA/Politeknik Premier’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

i.  Pilihan 1 – wajib diisi.

ii.   Pilihan 2 – wajib diisi.

iii.   Pilihan 3 – wajib diisi.

iv.  Pilihan 4 – wajib diisi.

v.  Pilihan 5.

vi.  Pilihan 6.

vii.   Pilihan 7.

viii.  Pilihan 8.

8.3.   Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju menerima tawaran selain pilihan- pilihan anda diatas?’. Sila nyatakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

8.4.      Pemohon boleh memilih untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke TEVT (Politeknik Konvensional ) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

10 | M u k a s u r a t


8.5. Sila klik butang ‘Simpan’ untuk ke laman seterusnya.

Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada pautan Peribadi > Pekerjaan & Pendapatan Keluarga > Akademik > Kokurikulum > seperti yang tertera.


9 BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN





9.1.     Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju untuk menerima sebarang hebahan maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas(SMS) dengan caj diantara RM0.10 hingga RM0.35 per SMS?*’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

9.2.   Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju maklumat permohonan ini dikemukakan kepada pihak lain untuk tujuan pendidikan tinggi negara?*’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

9.3.     Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan Pinjaman(WPP) PTPTN?*’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

9.4.   Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda mengemukakan permohonan ke agensi lain selain BPKP?*’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

9.5.   Sila klik butang ‘Simpan’ untuk ke laman seterusnya.

Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada pautan Peribadi > Pekerjaan & Pendapatan Keluarga > Akademik > Kokurikulum > Pilihan Program > seperti yang tertera.



11 | M u k a s u r a t



10 LAMAN PENGESAHAN PERMOHONAN


a.   Anda diwajibkan menyemak semula maklumat yang telah diisi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan sila klik pada ikon di bahagian atas setiap segmen untuk mengemaskini permohonan sebelum pengesahan.



a.  Pemohon wajib membaca dan wajib klik pada ruangan ‘Peringatan & Perakuan Pemohon’.
c Pastikan anda klik butang ‘sah & hantar’ untuk memastikan maklumat anda telah selamat diterima oleh sistem.


11 LAMAN SLIP PERMOHONAN

a.    Pastikan anda mencetak Slip Permohonan sebagai bukti sah permohonan.

b.   Bagi memastikan maklumat permohonan anda telah diterima oleh sistem, sila buat semakan dari menu SEMAKAN.

c.    Selepas mengemukakan permohonan, anda dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali SAHAJA sehingga tarikh tutup permohonan.


12 | M u k a s u r a t
alright sampai sini..kalau x paham jugak chat la shim kat facebook SHIM MINASS ye..shim akan membantu semampu boleh...jngn upe tnggal kan komen anda..!!
nanti shim akan kasi cara nak print pada sape yg x tahu sebabnye nak print kat portal ni agak susah skit bagi mane yg idak tau...ok see uu bye22























2 comments :

Unknown said...

:) im trying

Unknown said...

hai nk tnya.. klau ibu sya tdak mmpunyai no kad pengenalan...hnya mmkai pasport..nk buat camne eh..sbb xdpat nk isi kt borng upu no pport dia😭