salam ...
ok shim ade kasi panduan nak isi borang online upu....ni rujukan tahun 2013..but korang boleh jadikan panduan ok....
Borangnye korang boleh dapatkan kat sini...
http://upu.moe.gov.my/
one more borang upu ni semuanye online x de yang pakai tulis harap maklum
MANUAL PENGGUNA
SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE
INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2014/2015
1 Laman Pilihan Kategori Permohonan
1.1 Pada
ruangan Jenis Permohonan, pemohon perlu memilih ‘Kemasukan Ke
IPTA/Politeknik Premier’. Pemohon boleh klik pada ikon di sebelah kanan bagi
mengetahui maklumat lanjut mengenai Jenis Permohonan.
1.2 Seterusnya pada ruangan Program
Pengajian, pemohon perlu menentukan dan memilih
‘Program Pengajian’ samada ‘Lepasan
STPM/Setaraf’ atau ‘Lepasan SPM/Setaraf’. Pemohon
boleh klik pada ikon di sebelah
kanan bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai Program Pengajian yang
ditawarkan
1.3 Sila klik butang ‘Masuk’ untuk
ke laman berikutnya.
PERINGATAN :
Sila pastikan komputer yang anda gunakan mempunyai perisian Adobe
Acrobat Reader bagi mencetak Slip Permohonan. Jika tiada perisian ini, sila
layari laman web http://get.adobe.com/reader untuk tujuan instalasi sebelum mengemukakan
permohonan.
Pemohon
dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Pemohon
dikehendaki menyelesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan
permohonan calon lain.
2 | M u k a s u r a t
2 LAMAN PANDUAN
PERMOHONAN
2.1
Pemohon diwajibkan untuk membaca Panduan
Permohonan bagi mengetahui tatacara permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian
iaitu Sebelum, Semasa dan Selepas Mengemukakan Permohonan.
2.2 Pemohon boleh
kembali semula ke Laman Utama dengan mengklik butang ‘Keluar’.
2.3 Untuk meneruskan
permohonan, sila klik butang ‘Permohonan’.
3 | M u k a s u r a t
3 BORANG DAFTAR PERMOHONAN
3.1
Pemohon wajib mengisi ‘No. Kad
Pengenalan/MyKad’ sebenar. Pastikan No. Kad Pengenalan yang dimasukkan
adalah tepat mengikut nombor yang tertera pada kad pengenalan anda. Sebarang
kesilapan boleh menjejaskan permohonan. Contoh: 123456789101.
3.2
Bagi Lepasan SPM/Setaraf, pemohon wajib
mengisi ‘No. Kad Pengenalan/MyKad’ semasa pendaftaran
peperiksaan. Maklumat ini penting sekiranya No. Kad Pengenalan/Mykad yang
digunakan semasa pendaftaran peperiksaan berbeza dari No Kad Pengenalan
sebenar.
3.3
Pemohon wajib mengisi ‘No. Unik ID’.
Nombor ini boleh dibeli dari Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai nombor pin
keselamatan untuk mengisi borang permohonan.
3.4
Pemohon wajib mengisi ‘Kata Laluan’.
Sila masukkan samada gabungan (nombor dan huruf) atau (angka dan huruf) di
antara 6-8 aksara. Contoh: abc123/123abc/a123b.
3.5
Pemohon wajib mengisi ‘Pengesahan Kata
Laluan’ sama seperti kata laluan yang telah dimasukkan di atas.
3.6
Pemohon wajib mengisi ‘Nama Ibu’.
Masukkan nama yang ringkas dan mudah diingati.
3.7
Pemohon diwajibkan memilih kategori yang
betul. Untuk makluman, sila rujuk ‘[Info Kategori]’.
3.8
Pemohon wajib mengisi ’Kod Imej’.
Pastikan kod yang dimasukkan sama seperti yang tertera.
Sekiranya kod yang dipaparkan kurang atau tidak jelas, sila klik
butang Refresh pada browser anda.
3.9
Untuk meneruskan permohonan, sila klik
butang ‘Seterusnya’.
4 BORANG MAKLUMAT PERIBADI
4.1
‘No Kad Pengenalan/MyKad’ adalah maklumat
yang dimasukkan semasa pendaftaran sistem.
4.2
‘No Kad Pengenalan/MyKad (semasa
pendaftaran peperiksaan)’ adalah maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran peperiksaan.
Maklumat ini penting sekiranya No. Kad Pengenalan/Mykad yang digunakan semasa
pendaftaran peperiksaan berbeza dari No Kad Pengenalan sebenar.
4.3 Pemohon wajib
mengisi ‘No Kad Pengenalan/ MyKad Bapa/ Penjaga dan Ibu’ tanpa simbol.
Contoh:
123456789101.
4.3
Pemohon wajib mengisi ruangan ‘Nama’
sama seperti yang tertera pada No Kad Pengenalan/ MyKad. Pastikan nama yang
dimasukkan tepat.
4.4
Pemohon wajib mengisi ‘Tarikh Lahir’.
5 | M u k a s u r a t
4.5
Pemohon wajib mengisi ’Tempat Lahir’.
Pilih maklumat negeri kelahiran dari senarai yang disediakan.
4.6
Pemohon wajib mengisi ’Alamat Surat
Menyurat’. Sila pastikan alamat anda adalah betul. Sebarang kesilapan boleh
menyebabkan anda gagal dihubungi.
4.7
Pemohon wajib mengisi ‘Bandar’.
4.8
Pemohon wajib mengisi ‘Poskod’.
Sila pastikan hanya nombor sahaja yang dimasukkan.
4.9
Pemohon perlu mengisi ‘Kawasan
Parlimen’. Maklumat ini adalah berdasarkan NEGERI pada medan Alamat
Surat-Menyurat. Sebagai contoh, jika pemohon memilih Negeri=SELANGOR, Kawasan
Parlimen akan memaparkan Kawasan Parlimen Selangor sahaja.
4.10
Pemohon perlu mengisi ‘Telefon Rumah’
ATAU ‘Telefon Bimbit’. Pemohon wajib mengisi salah satu atau kedua-dua
nombor telefon. Sebarang kesilapan semasa mengisi maklumat ini akan menyebabkan
pemohon gagal dihubungi.
4.11 Pemohon wajib
mengisi ‘Emel’. Pastikan alamat emel yang dimasukkan mengikut format.
4.12
Pemohon wajib mengisi ‘Taraf
Perkahwinan’. Pilih maklumat perkahwinan dari senarai yang disediakan.
4.13 Pemohon wajib
mengisi ‘Kecacatan’.
a. Adakah anda cacat? Wajib
pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
b. Jika ’Ya’, Sila
pilih dari senarai yang disediakan.
c. Jika ‘Cacat Lain’,
sila isikan ruangan yang disediakan.
d. No. Pendaftaran OKU
(jika ada).
e. Keterangan
Kecacatan. Sila klik ’Contoh Keterangan Kecacatan’ untuk panduan.
4.14 Sila klik butang ‘Simpan’
untuk ke laman seterusnya.
6 | M u k a s u r a t
5 BORANG MAKLUMAT PEKERJAAN DAN PENDAPATAN KELUARGA
5.1
Pemohon wajib mengisi ‘Status
Pekerjaan dan Sektor’.
a.
Bapa/Penjaga. Pilih maklumat status
pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.
b. Ibu. Pilih maklumat
status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.
c. Pemohon. Pilih
maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.
5.2
Pemohon perlu mengisi ‘Tempoh
Pengalaman Kerja Pemohon’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
5.3 Pemohon wajib
mengisi ‘Pendapatan Keluarga’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
5.4 Pemohon wajib
mengisi ‘Tanggungan Keluarga’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
5.5 Pemohon wajib
mengisi ‘Tempat Tinggal’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
5.6 Sila klik butang ‘Simpan’
untuk ke laman seterusnya.
Nota: Untuk kembali
semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh klik pada pautan Peribadi >
seperti yang tertera
7 | M u k a s u r a t
6 BORANG MAKLUMAT AKADEMIK (SPM)
6.1 Pemohon wajib
mengisi ‘Kelayakan Pemohon’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
6.2 Pemohon wajib
mengisi ‘Jenis Sekolah. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
6.3 Pemohon perlu
mengisi ‘Kod Sekolah’. Sila masukkan kod sekolah jika ada.
6.4
Bagi Lepasan SPM, pemohon wajib
mengisi ‘Angka Gilir SPM’. Bagi Lepasan SKM, pemohon hanya perlu
mengisi ‘Angka Gilir SPM’ jika ada.
6.5
Bagi Lepasan SPM Kategori D, pemohon wajib
mengisi ‘Peperiksaan SPM (Sijil Penuh)’ . Pemohon wajib mengisi ‘Tahun
‘ dan Angka Giliran’.
6.6
Bagi Lepasan SPM Kategori D, pemohon wajib
mengisi ‘Peperiksaan SPM (Sijil Ulangan)’ . Pemohon wajib mengisi ‘Tahun
‘ dan Angka Giliran’.
6.7 Bagi Pemohon
Kategori C & D hanya perlu mengisi maklumat keputusan Periksaan SPM.
6.8
Bagi Pemohon Kategori B & C
hanya perlu mengisi ‘English GCE O Level’ jika ada. Sila pilih dari
senarai yang disediakan.
6.9
Pemohon Pemohon Kategori B & C
hanya perlu mengisi ‘BM Julai’ jika ada. Sila pilih dari senarai yang
disediakan.
6.10
Pemohon Pemohon Kategori B & C
hanya perlu mengisi ‘Matematik Julai’ jika ada. Sila pilih dari senarai
yang disediakan.
6.11
Sila klik butang ‘Simpan’ untuk ke
laman seterusnya.
Nota: Untuk kembali
semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada pautan Peribadi
> Pekerjaan & Pendapatan Keluarga > seperti yang tertera.
8 | M u k a s u r a t
7 BORANG MAKLUMAT KOKURIKULUM
7.1. Pemohon wajib
mengisi ‘Sukan / Permainan’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
i. Jenis.
ii. Jawatan.
iii. Tahap Penglibatan.
iv. Jenis Kejohanan.
Nota: Sekiranya anda tidak terlibat dengan kegiatan kokurikulum, anda
perlu nyatakan ‘TIDAK TERLIBAT’.
7.2. Pemohon wajib
mengisi ‘Badan Beruniform’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
i. Jenis.
ii. Jawatan.
iii. Penganugerahan
Sijil.
7.3. Pemohon wajib
mengisi ‘Kelab / Persatuan’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
i. Jenis.
ii.
Jawatan.
iii.
Tahap Penglibatan.
Nota: Sekiranya anda tidak terlibat dengan kegiatan kokurikulum, anda
perlu nyatakan ‘TIDAK TERLIBAT’.
7.4.
Bagi Kategori C, pemohon wajib
mengisi maklumat sama seperti di atas KECUALI maklumat
‘CGPA Kokurikulum’.
7.5. Sila klik butang ‘Simpan’
untuk ke laman seterusnya.
Nota: Untuk kembali
semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh memilih pada pautan Peribadi >
Pekerjaan & Pendapatan Keluarga > Akademik > seperti yang tertera.
9 | M u k a s u r a t
8.1.
Pemohon wajib mengisi ‘Pilihan Bidang
Mengikut Keutamaan’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
i. Bidang 1 – wajib
diisi.
ii. Bidang 2 – wajib
diisi.
iii. Bidang 3 – wajib
diisi.
8.2. Pemohon wajib
mengisi ‘Pilihan Program
Pengajian Mengikut Keutamaan
Selain
IPTA/Politeknik
Premier’. Sila pilih dari
senarai yang disediakan.
i. Pilihan 1 – wajib
diisi.
ii. Pilihan 2 – wajib
diisi.
iii. Pilihan 3 – wajib
diisi.
iv. Pilihan 4 – wajib
diisi.
v. Pilihan 5.
vi. Pilihan 6.
vii.
Pilihan 7.
viii. Pilihan 8.
8.3.
Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda
bersetuju menerima tawaran selain pilihan- pilihan anda diatas?’. Sila
nyatakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
8.4.
Pemohon boleh memilih untuk mengemukakan
permohonan kemasukan ke TEVT (Politeknik
Konvensional ) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
10 | M u k a s u r a t
8.5. Sila klik butang ‘Simpan’ untuk ke
laman seterusnya.
Nota: Untuk kembali
semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada pautan Peribadi
> Pekerjaan & Pendapatan Keluarga > Akademik > Kokurikulum >
seperti yang tertera.
9 BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN
9.1.
Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda
bersetuju untuk menerima sebarang hebahan maklumat melalui Sistem
Pesanan Ringkas(SMS) dengan caj diantara RM0.10 hingga RM0.35 per SMS?*’.
Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
9.2.
Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda
bersetuju maklumat permohonan ini dikemukakan kepada pihak lain untuk
tujuan pendidikan tinggi negara?*’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
9.3.
Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda
bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan Pinjaman(WPP) PTPTN?*’.
Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
9.4.
Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda
mengemukakan permohonan ke agensi lain selain BPKP?*’. Sila pilih ‘Ya’
atau ‘Tidak’.
9.5. Sila klik butang ‘Simpan’
untuk ke laman seterusnya.
Nota: Untuk kembali
semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada pautan Peribadi
> Pekerjaan & Pendapatan Keluarga > Akademik > Kokurikulum >
Pilihan Program > seperti yang tertera.
11 | M u k a s u r a t
10 LAMAN PENGESAHAN PERMOHONAN
a.
Anda diwajibkan menyemak semula maklumat
yang telah diisi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan sila klik pada ikon di
bahagian atas setiap segmen untuk mengemaskini permohonan sebelum pengesahan.
a. Pemohon
wajib membaca dan wajib klik pada ruangan ‘Peringatan & Perakuan
Pemohon’.
c Pastikan anda
klik butang ‘sah & hantar’ untuk memastikan maklumat anda telah
selamat diterima oleh sistem.
11 LAMAN SLIP PERMOHONAN
a. Pastikan anda mencetak
Slip Permohonan sebagai bukti sah permohonan.
b.
Bagi memastikan maklumat permohonan anda
telah diterima oleh sistem, sila buat semakan dari menu SEMAKAN.
c.
Selepas mengemukakan permohonan, anda
dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali
SAHAJA sehingga tarikh tutup permohonan.
12 | M u k a s u r a t
alright sampai sini..kalau x paham jugak chat la shim kat facebook SHIM MINASS ye..shim akan membantu semampu boleh...jngn upe tnggal kan komen anda..!!
nanti shim akan kasi cara nak print pada sape yg x tahu sebabnye nak print kat portal ni agak susah skit bagi mane yg idak tau...ok see uu bye22